Subhanallah,
terharu dan teruja bila habis baca satu kisah benar seorang penuntut UIAM yang
menjadi insan pilihan Allah untuk bertemu Rasulullah SAW. Ramai yang mengatakan aku mencintai Rasulullah,
namun hanya indah pada bicara, hakikatnya segala yang ditinggalkan Rasulullah
sekadar diguna pakai mengikut apa yang rasa berkenan di hati, tidak terasa hati
bilamana Rasulullah dihina, bahkan lebih teruk lagi turut bersama mereka yang
menghina Rasullulah SAW. Alangkah bertuahnya bila dapat hidup bersama
Rasulullah, berjuang bersama Rasulullah, bergurau senda, sedih dan tawa bersama
baginda. Namun Rasulullah SAW sentiasa mengingati umat baginda dan bersama-sama
dengan mereka yang rindukan baginda di setiap langkah mereka berada. Pengalaman
yang tidak dapat dilalui, melainkan untuk mereka yang mempunyai hati yang
bersih, yang sangat mencintai Rasulullah dan mereka yang berjalan di atas muka
bumi dengan redha Allah. Ana kongsikan kisah ini tanpa sebarang editing, moga
dapat mengambil manfaat darinya..InsyaAllah..
Assalamualaikum
Di bawah ini satu artikel yg amat mengharukan jiwa, salah seorang rakan saya yang juga ahli lembaga pengarah sekolah ilmi telah mengirimkannya kepada saya. Bila membacanya, terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin ia lebih berkesan lagi, kalau dipanjangkan kepada rakan-rakan melalui blog saya ini. Semoga penulis article dan juga teman yang terlibat dengan kisah ini, memberikan saya keizinan menerbitkannya.
Dgn Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Ya Allah, lancar jari ini
menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah
utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab
1427 H bersamaan 10 August, 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah
beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar Nabi pada puteri kesayangan
Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan
Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
AlhamduliLlah, Al-Quran 30
juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk
habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal
sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan
anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau
mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah.
Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah
rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang
Syariah di universiti ana InsyaAllah.
Akak ni memang di uji
dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa
seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan
pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah
sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal
rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau.
Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri
atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg.
Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari.
Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari-hari yang di laluinya
beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada
gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan
mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib.
Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa
doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri
dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu
bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah
Al-Baqarah.
Pagi khamis tu, beliau
berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun
kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan,
beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu
beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg
menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru
beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di
bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung,
dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku,
aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar
kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".
Kemudian beliau pengsan.
Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di
sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain
agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn
nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku
dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu
qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai
telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat
cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di
sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang
HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali,
kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat
nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali
kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di
rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja.
Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana
RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih
dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn
jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas
bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil
masjidi" , -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-.
Allahuakbar.
Kemudian Baginda Nabi
SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QaalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di
seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn
penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) ,
"Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung
selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka
Allah bukakan hijab utk enti nampak ana" . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi,
terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. .
Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat
dirinya.
Kemudian Nabi katakan,
"Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah,
kita semua akan berjumpa nanti" . Lepas tu Nabi kita lafazkan,
"Ummati.., ummati.., ummati..." , dan beliau nampak Nabi menangis dan
beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian
Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah" , tp
Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi kita
yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau
katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda,
atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah,
waLlahua'lam. ..
Sedar daripada tidur yg
amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar
rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. ." .
kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus
menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi
sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu
pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang
budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg
akan kita kejar di akhirat kelak.
Ya Allah, waktu tu, takde
kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas
ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya
menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih
berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr
Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya
terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih
menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk
kesakitan ini.
Kemudian usai solat Zuhur,
rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg
sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam
pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi
kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah
sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat
Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'.
Kemudian beliau tidur dan
terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang
beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau
bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah..." .
kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah
seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah
SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW.
"Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman
bin 'affan dan Ali ". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya
dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.
Beliau nampak, Saidina Abu
Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina
Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan
"Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti." . kemudian
keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg
bermaksud:
" Dan mereka mengikuti
apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu
tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir
pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut
dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah
kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)apa yang (dapat)
memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat
mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka
mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu,
nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk
perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".
Selesai membaca ayat itu,
para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau
dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah
tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala
kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina
Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang
yang sabar" . Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.
Selesai mimpi indah yg
kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik
pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian
sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn
mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah,
penyakit ana dah sembuh" . Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan
menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh
yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah,
kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg
bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan".
Beliau katakan pada kami,
"Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi
mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5
minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di
bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp
menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah
ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau
boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat
merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali
akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."
Subhanallah,
terharu dan teruja bila habis baca satu kisah benar seorang penuntut UIAM yang
menjadi insan pilihan Allah untuk bertemu Rasulullah SAW. Ramai yang mengatakan aku mencintai Rasulullah,
namun hanya indah pada bicara, hakikatnya segala yang ditinggalkan Rasulullah
sekadar diguna pakai mengikut apa yang rasa berkenan di hati, tidak terasa hati
bilamana Rasulullah dihina, bahkan lebih teruk lagi turut bersama mereka yang
menghina Rasullulah SAW. Alangkah bertuahnya bila dapat hidup bersama
Rasulullah, berjuang bersama Rasulullah, bergurau senda, sedih dan tawa bersama
baginda. Namun Rasulullah SAW sentiasa mengingati umat baginda dan bersama-sama
dengan mereka yang rindukan baginda di setiap langkah mereka berada. Pengalaman
yang tidak dapat dilalui, melainkan untuk mereka yang mempunyai hati yang
bersih, yang sangat mencintai Rasulullah dan mereka yang berjalan di atas muka
bumi dengan redha Allah. Ana kongsikan kisah ini tanpa sebarang editing, moga
dapat mengambil manfaat darinya..InsyaAllah..
Salam pokcik, kaifahal? Ana
asif jiddan sbb lmbt send cita ni. Bukan apa, ana tunggu beberapa org sahabat
edit. Bimbang ada yg ana tersalah faham sepanjang bersama k.syamimi. Supposely
ana bg k.mimi sendiri baca blik, tp segan nk susahkan die. Lagipun ramai yg
bertimpa2 pergi tny pengalamn die. Sebenarnya bnyak g kata-kata beliau x sempat
ana nk sertakan kt cni. Ni je yg mampu ana usahakan. Kiranya ada apa2 khilaf
berbanding drpd pengalaman sebenar beliau, ana mohon ampun pada Allah Subhanahuata'
ala. Mudah2an ada manfaatnya pada kita semua, insyaAllah. Selamat menyuburkan
cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi anbiya'. Ma'assalamah.
..berderaian air mata
mengalir..rindu pada dirimu Ya Rasulullah SAW
No comments:
Post a Comment